KELAB FASILITATOR SAHABAT SISWA (FaSaSi)
LOGO
Mahkota
Melambangkan FaSaSi sentiasa bersatu padu.
FSS
Singkatan daripada Fasilitator sahabat siswa
EST 2013
Ditubuhkan/establish pada tahun 2013
FaSaSi
Singkatan Fasilitator Sahabat Siswa
Perisai
Melambangkan FaSaSi yang sentiasa melindungi dan bertanggungjawab dalam mempertahankan dan menjaga semua pelajar baharu Ketika dan sepanjang Minggu Haluan Siswa
Warna Merah
Keberanian
Warna Oren
Melambangkan gabungan beratus orang bekerja dan menjalankan tanggungjawab amatlah bererti.
Warna Kuning
Melambangkan FaSaSi yang berpegang teguh dengan undang-undang dan peraturan negara serta peraturan university.
Latar Belakang
Kelab Fasilitator Sahabat siswa atau lebih dikenali sebagai FaSaSi ini merupakan sebuah persatuan yang memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan mempelajari ilmu dalam menjadi Fasilitator atau mengendalikan program. Contohnya dalam kemahiran kepimpinan, komunikasi, pengurusan masa, team building dan banyak lagi yang membantu anda untuk menjadi lebih bagus.
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2013. Dengan anggaran 300 permohonan setiap tahun dan pengambilan seramai 150 setiap tahun. Kelab FaSaSi menjadi salah satu kelab yang terbesar di UTeM dengan membawa tujuan utama kelab ini iaitu:
Ø membantu pihak universiti dalam menjayakan program-program yang memerlukan khidmat bantuan fasilitator.
Ø Memberi peluang kepada mahasiswa/I untuk mengembangkan potensi diri secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan social.
Ø Melatih mahasiswa/I yang mantap menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan.
Ø Mencungkil bakat dan mengembangkan bakat kepimpinan dalam kalangan ahli fasilitator.
”FaSaSi Sahabat Selamanya”
”FaSaSi Sahabat Siswa”