● Pin dan Bola Bowling – Pin dan Bola Bowling adalah alat sukan sukan yang terpenting untuk sukan Bowling dan ini menunjukkan perbezaan antara dua jenis bowling iaitu sama ada Bowling Padang mahupun Bowling Tenpin. Oleh itu, orang lain tahu akan kelab ini khas buat Bowling Tenpin sahaja.
● Nama Kelab – Dibahagian tengah logo diletakkan nama kelab iaitu Bowling UTeM bertujuan untuk mudah untuk dikenal pasti.
Latar Belakang
Kelab Tenpin Bowling UTeM diasaskan oleh sejumlah individu yang telah lama bergiat dalam Bowling Tenpin. Kelab ini bermula sebagai usaha untuk berkongsi minat mereka dengan pelajar - pelajar dari pelbagai fakulti dan tahun pembelajaran. Kelab Bowling Tenpin sentiasa mengalu - alukan kedatangan samada pemain yang baru berjinak dalam dunia bowling mahupun yang mahir dalam sukan ini untuk menempah nama dalam mewakili universiti ke peringkat lebih tinggi.
“If you don’t get a strike… Spare Me!! ”
“Menjadikan Kelab Bowling Tenpin sebagai kelab yang boleh mengharumkan nama UTeM di setiap pertandingan yang diwakili.”
Memperkenalkan sukan Bowling Tenpin kepada segenap warga UTeM.
Mewujudkan persekitaran sosial yang positif dalam kalangan ahli - ahli kelab.
Berusaha untuk mencapai prestasi kejohanan dan mengharumkan nama kelab dan nama UTeM dikalangan Universiti di Malaysia.
Visi dan misi ini mencerminkan komitmen Kelab Bowling Tenpin UTeM untuk memberikan kesempatan kepada pelajar - pelajar UTeM untuk berkembang dan mengharumkan nama UTeM di universiti - universiti luar yang lain.