PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA, UTeM.
Merah: Melambangkan keberanian.
Putih: Melambangkan kesucian.
Hijau: Melambangkan kesuburan dan kepercayaan agama.
Kuning: Melambangkan kedaulatan.
Keris bersilang sarung: Lambang semangat kepahlawanan Melayu.
Tangan: Membawa maksud tanggungjawab dan usaha gigih.
Bentuk bulat: Diambil daripada Tapak Bulat atau
Tapak Melilit yang menggambarkan pergerakan
dan kesatuan yang padu.
Seni: Silat berdasarkan seni budaya Melayu.
Gayung: Seni beladiri Zahir dan batin.
Fatani: Bermaksud kebijaksanaan, kepandaian atau cerdik.
PENGENALAN
Seni silat merupakan seni bela diri yang masih diamalkan dalam budaya masyarakat Melayu. Silat melibatkan ketangkasan individu dalam membela serta membalas serangan. Mempelajari ilmu silat mampu membentuk jati diri, identiti, disiplin serta nilai-nilai murni dalam diri setiap individu.
Latar belakang
Silat telah diiktiraf secara rasminya sebagai seni warisan Malaysia oleh UNESCO pada tahun 2018. Pengiktirafan silat ini telah diusulkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali bin Rostam. Terdapat lebih daripada 360 jenis silat yang direkodkan di Malaysia dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merupakan antara 4 pendiri bagi Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA).
Perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia telah diperturunkan ilmunya oleh Tuan Syeikh Abd. Rahman Tahir pada tahun 1890. Guru utama dan pengasas bagi PSGFM ialah Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah didaftar pada 14 September 1976.
PSGFM merupakan anggota kendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) yang mengekalkan ciri-ciri ilmu tradisi silat melayu semenanjung. Pertubuhan ini telah mewujudkan sukatan pembelajaran baharu dan kurikulum PSGFM yang diperingkatkan dan telah diiktiraf oleh kementerian kebudayaan serta Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Kurikulum PSGFM telah mengekalkan ilmu kemahiran dari aspek seni, seni bela diri dan olahraga. Jurulatih PSGFM adalah bertauliah dan telah lulus mengikuti kursus kejurulatihan yang diiktiraf.
“FATANI NUSA BAKTI”
Fatani membawa maksud bijaksana, pandai atau cerdik.
Nusa pula bermaksud negara atau tanah air.
Bakti memberi makna perjuangan ikhlas kepada diri, bangsa agama dan tanah air.
Melahirkan warga mahasiswa / mahasiswi pengamal silat yang mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang, bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari, positif, kreatif dan hormat menghormati.
Melahirkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada Seni Silat dan mengamalkannya.
Menyemarakkan semangat cintakan masa silam kepahlawanan bangsa yang dahulunya mempertahankan negara menjadi asas pembinaan cintakan bangsa dan keyakinan sebagai bangsa yang berani menghadapi sebarang isu.
Mengukuhkan perkembangan dan pembangunan Seni Silat di Peringkat Universiti (UTeM).
Memberi ilmu, kemahiran dengan daya kepimpinan dan nilai-nilai murni sambil mengembangkan potensi diri dengan semangat persaudaraan berlandaskan jiwa luhur kesasteriaan.
Kepentingan mempelajari ilmu silat.
Mempertahankan diri daripada sebarang ancaman dan serangan dari pihak musuh.
Meningkatkan kewaspadaan dan kepekaan seseorang terhadap perubahan persekitarannya.
Silat juga mengajarkan adab dalam kehidupan seharian yang mampu membentuk identiti serta jati diri dalam setiap individu.