ANGKATAN MAHASISWA ANTI RASUAH UTeM
Penerangan Logo
● Kuning : Warna ceria dan terang. Simbolik kepada sifat peramah dan juga merujuk kepada sikap integriti.
● Biru : Membawa maksud ketegasan dan warna yang sama seperti warna ombak. Melambangkan peri pentingnya usaha dan kreativiti AMAR dalam mengukuhkan integriti.
● Bentuk segitiga melambangkan perpaduan dan kerjasama semua pihak dalam membanteras jenayah rasuah tanpa mengira kaum.
● Slogan Tepat, Teguh, Telus : Slogan ini merupakan ciri-ciri yang diterapkan dalam setiap ahli AMAR UTeM dalam membina masyarakat bermaruah dan berintegriti tinggi.
Logo AMAR SPRM
Penerangan Logo
● Biru: Membawa maksud ketenangan. Warna yang sejuk, damai dan sejahtera di samping melambangkan keikhlasan dan harapan. Biru mewakili semangat dan elegan
● Kuning: Warna ini lebih optimis dan moden. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi
● Merah: Membawa makna kekuatan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Kebanyakan warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud agresif
● Hitam: Dikaitkan dengan warna menawan di samping memberi penuh kerahsiaan dan ketegasan. Melambangkan serius dan kemewahan.
Latar belakang
AMAR UTeM adalah sebuah kelab yang bernaung dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kelab ini ditubuhkan dengan objektif menjadikan mahasiswa sebagai medium ilmu utama penyampaian mesej antirasuah kepada komuniti kampus dan masyarakat di samping menjadi penghubung kerjasama antara IPT dan SPRM.
AMAR UTeM juga berfungsi sebagai medan mahasiswa berkepimpinan dan berketerampilan tinggi, melatih mahasiswa UTeM dalam melaksana serta mengurus aktiviti-aktiviti berimpak tinggi dalam menurut setiap Dimensi TUAH UTeM
“Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah”
Mewujudkan generasi muda yang membenci rasuah dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas rasuah.
Menerajui usaha pembudayaan nilai-nilai murni, pencegahan rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan pelajar IPT.