KUEH AND TRADITIONAL CULTURAL FESTIVEL
Kueh and Traditional Cultural Fest merupakan sebuah program yang berkonsepkan santai dan memberi peluang kepada mahasiswa/i UTeM terutamanya kepada mahasiwa/i antarabangsa untuk mengenali serta menikmati kuih-muih yang terdapat di Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam diri setiap mahasiswa/i FTMK.
PANCA D’FTMK SUMMIT
Panca D’FTMK Summit merupakan sebuah program mega yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar FTMK (FICTS). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa/i untuk menyertai semua aktiviti yang diadakan bagi pembentukan insaniah yang cemerlang. Program ini telah dianjurkan selama dua hari dan mendapat sambutan yang sangat meriah daripada warga UTeM. Dalam menjayakan program ini, pihak FICTS telah membuat kolaborasi dengan sebuah syarikat yang ternama di Malaysia iaitu Les’ Copaque Production. Selain itu, pihak FICTS juga telah berkolaborasi bersama pihak Alumni FTMK untuk menyampaikan maklumat kepada mahasiswa/i FTMK berkaitan cabaran dunia pekerjaan pada zaman sekarang. Akhir sekali, pelbagai program-program mega yang seperti ini telah dirangka dan akan dilaksanakan pada masa yang akan datang.
KURSUS PHOTOGRAFIX
Kursus Photografix adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa/i mengenai teknik pengendalian kamera digital dari segi teknikal dan juga persepsi. Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan teknik pengambilan video untuk menghasilkan video yang bertaraf dengan industri penghasilan filem. Kesannya, ini dapat meningkan kreativiti mahasiwa/i FTMK itu sendiri.
MATHBuddies
MATHBuddies merupakan sebuah program anjuran Persatuan Pelajar FTMK (FICTS) dan kolaborasi bersama Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah (MOZAC) yang bertujuan untuk mendedahkan pelajar MOZAC dengan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan bagi matapelajaran Matematik. Dalam program ini, peserta telah disediakan dengan latihan pengukuhan mengikut silibus pembelajaran peserta di sekolah mereka.
PENCAPAIAN
JOHAN BATTLE OF CHANTS
NAIB JOHAN SUKAN ANTARA FAKULTI-16
Selain daripada bergiat aktif dengan program-program akademik, Persatuan Pelajar FTMK (FICTS) turut bergiat aktif dalam bidang sukan. Antara pencapaian FICTS dalam bidang sukan adalah menjadi Johan dalam pertandingan Battle Of Chants (BOC). FICTS telah berjaya mendapat bintang kelima dalam pertandingan BOC dan kini dalam misi untuk meraih bintang keenam pula. Seterusnya, hasil daripada beberapa program yang telah dianjurkan oleh FICTS untuk menghasilkan atlet-atlet FTMK, FTMK telah Berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan Sukan Antara Fakulti yang Ke-16 (SAF-16). Akhir sekali, selain daripada misi untuk meraih bintang keenam dalam pertandingan BOC, pihak FICTS juga sedang giat merangka strategi untuk menjadi johan dalam pertandingan SAF-17.