PERSATUAN PELAJAR FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (FICT'S)
LOGO
Warna kuning
Melambangkan kebijaksanaan, harapan, kepercayaan dan persefahaman dalam diri.
Warna hitam
Melambangkan perlindungan, mengikat, harga diri.
Simbol “F”
Melambangkan huruf “F” dalam FICTS.
Latar Belakang
Persatuan Pelajar FTMK atau nama lainya FICTS diwujudkan bagi membantu dan menjaga pengurusan mahasiswa/i FTMK dari segi kebajikan, akademik, keusahawanan dan gaya hidup yang sihat serta memastikan segala informasi penting sampai kepada setiap mahasiswa/i FTMK. FICTS terdiri daripada kalangan mahasiswa/i FTMK itu sendiri dimana pihak Majlis Tertinggi menjadi barisan hadapan dan diikuti oleh Exco Kebajikan dan Kerohanian, Exco Keusahawanan, Exco Sukan dan Rekriasi, Exco Multimedia dan Publisiti serta Exco Kelab dibawah lima jabatan iaitu SE, IMC, Netsa, AIC dan Diplomate. Kesemua ahli FICTS menggalas tanggungjawab yang penting dalam merancang dan melaksanakan program-program akademik mahupun bukan akademik sepajang sesi tersebut.
Empowering Talent
Pemimpin ICT masa hadapan, menjadi medium kepada pelajar untuk mendapatkan akses kepada ilmu pengetahuan, kolaborator, industri dan menjadi perintis teknologi masa hadapan.
Memperkasa bakat ICT bertaraf global, dinamik, dan inklusif berdasarkan pembelajaran dan penyelidikan bertaraf global.