Setiap universiti di Malaysia yang menawarkan kursus kejuruteraan mempunyai kelab IEM Student Section masing-masing termasuklah Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Merujuk kepada logo kelab ini telah jelas menerangkan bahawa kelab ini merupakan Kelab IEM Student Section untuk UTeM. Kedua-dua logo ini perlulah diletakkan secara bersebelahan untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan dengan logo IEM berpusat. Walaubagaimanapun, kelab IEM-UTeM Student Section masih dalam proses dalam memperbaharui logo kelab supaya menjadi lebih unik, mempunyai corak logo tersendiri dan melambangkan maksud yang lebih menarik dan berprinsip.
Latar Belakang
Instituition of Engineers, Malaysia lebih dikenali sebagai IEM adalah sebuah badan profesional yang mempunyai lebih dari 30,000 ahli di Malaysia dan luar negara. IEM dibentuk pada 1959 dan telah diterima oleh ahli-ahli Lembaga Jurutera Komanwel pada tahun 1962. IEM berkelayakan untuk mengiktiraf jurutera profesional di Malaysia. Dengan keahlian menghampiri 23,000 jurutera dan dijangka meningkat dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 10%, IEM adalah salah satu badan profesional yang terbesar di Malaysia. IEM turut merupakan salah satu badan profesional di dunia yang mewakili semua disiplin profesional kejuteraan yang demikian membolehkan IEM mengambil pandangan yang luas dalam kalangan profesional.
PERKHIDMATAN