Kelab Seni Warisan UTeM
Keris
Melambangkan warisan kebudayaan melayu tradisional.
Bunga
Menunjukkan keayuan dan kesopanan tarian yang dipersembahkan.
Latar Belakang
Kelab ini ditubuhkan bagi mengekalkan seni warisan dan budaya traditional yang terdapat di Malaysia. Justeru kelab ini juga membantu mengasah dan mencungkil bakat para pelajar yang berminat dalam bidang seni tari dan teater. Kelab Kasawari UTeM dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Tarian dan Teater. Bagi Unit Tarian, genre yang sering dibawa adalah tradisional melayu dan kontemporari seperti inang, joget, zapin, silat kipas dan banyak lagi.
Warisan tak akan ditelan zaman
Memupuk minat pelajar untuk mendalami warisan tradisional melayu
Memartabatkan warisan tradisional melayu