KELAB BADMINTON UTeM
LOGO
● Raket dan Bulu Tangkis - Raket dan Bulu Tangkis adalah alat sukan yang terpenting untuk sukan Badminton dan ini menjadi elemen utama kepada badminton. Oleh itu, orang ramai akan senang kenalpasti bahawa ini adalah kelab badminton.
● Nama Kelab - Di bahagian atas logo diletakkan nama kelab iaitu Kelab Badminton UTeM bertujuan untuk mudah dikenal pasti.
Latar Belakang
Kelab Badminton UTeM diasaskan oleh sejumlah individu yang telah lama bergiat dalam Badminton. Kelab ini bermula sebagai usaha untuk berkongsi minat mereka dengan pelajar - pelajar dari pelbagai fakulti dan tahun pembelajaran. Kelab Badminton sentiasa mengalu - alukan kedatangan samada pemain yang baru berjinak dalam dunia Badmintpn mahupun yang mahir dalam sukan ini untuk menempah nama dalam mewakili universiti ke peringkat lebih tinggi.
“ Serve it, smash it, win it, love it!”
“Menjadikan Kelab Badminton UTeM sebagai kelab yang boleh mengharumkan nama UTeM di setiap pertandingan yang diwakili.”
Memperkenalkan sukan Badminton kepada warga UTeM.
Mewujudkan persekitaran sosial yang positif dalam kalangan ahli - ahli kelab.
Berusaha untuk mencapai prestasi kejohanan dan mengharumkan nama kelab dan nama UTeM dikalangan Universiti di Malaysia.