Latar belakang
Kelab E-Sukan UTeM telah berdiri sejak 2018 sebagai wadah dinamik bagi komuniti game UTeM. Berawal dari semangat untuk memupuk budaya E-Sukan yang sihat dan inovatif, kelab ini telah tumbuh menjadi pusat kecemerlangan dalam industri permainan video di kalangan mahasiswa.
Sejak penubuhannya, kelab ini telah berusaha menggabungkan semangat persaingan dengan kerjasama pasukan, membangun pemain yang berdisiplin dan berkreativiti. Melalui siri acara dan kejohanan yang berjaya, kelab ini telah membuktikan dedikasinya dalam meningkatkan bakat-bakat E-Sukan tempatan.
Dengan pendektan yang inklusif dan menggalakkan, kelab ini mampu menarik minat dari pelbagai lapisan mahasiswa, membentuk satu komuniti yang bersemangat. Dari pemain hingga penyokong yang setia, Kelab E-Sukan UTeM adalah cerminan semangat yang menggerakkan industri E-Sport di peringkta kampus dan mengukuhkan kedudukan UTeM sebagai destinasi utama dalam dunia permainan digital.
“Majulah Esports untuk UTeM”
"Melangkah Bersama, Merentas Batas: Mengukir Kecemerlangan E-Sukan untuk Generasi UTeM yang Hebat!"
● Pembangunan Komuniti: Kami berkomitmen untuk membina komuniti yang inklusif, bersemangat, dan berdaya, yang mendorong pertumbuhan individu dan kerjasama dalam pasukan.
● Pengembangan Bakat: Kami bertujuan untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat-bakat E-Sukan yang ada di UTeM, memberi mereka peluang untuk berkembang dan menonjol di peringkat tempatan dan kebangsaan.
● Penyelenggaraan Acara Berkualiti: Kami berdedikasi untuk menganjurkan kejohanan dan acara E-Sukan yang menarik, berkualiti, dan berintegriti, memberikan peluang kepada para pemain untuk bersaing dan menunjukkan prestasi terbaik mereka.
● Pengajaran dan Latihan: Kami berusaha untuk menyediakan latihan dan bimbingan mendalam kepada pemain dan jurulatih, membolehkan mereka berkembang dalam permainan dan mencapai potensi tertinggi.
● Penggalakan Budaya Sihat: Kami mempromosikan budaya E-Sukan yang sihat, adil, dan menghormati lawan main, serta mendorong penggunaan teknologi dan permainan yang bijak dan seimbang.