KELAB KARATE-DO UTeM
Simbol penumbuk:
Melambangkan kekuatan dan kelembutan di dalam seni mempertahankan diri; Karate-Do khususnya buat aliran Goju-Ryu.
Tulisan Jepun:
1. ‘空’ – ‘kara’ bermaksud kosong. Ia merupakan prinsip bentuk pertahanan diri tanpa senjata.
2. ‘手’ – ‘te’ bermaksud tangan. Karate menggunakan teknik serang dan lindungi diri menggunakan tangan.
3. ‘道’ – ‘do’ bermaksud cara atau teknik. Keseluruhan ayat bermaksud teknik mempertahankan diri tanpa senjata menggunakan tangan khususnya.
Warna:
1. Emas – Warna awal musim bunga dalam masa pembenihan. Warna emas melambangkan pelajar belajar berjalan serta matlamat untuk dicapai. Pelajar berusaha untuk mengembangkan daya tumpuannya.
2. Hitam – Mewakili kegelapan di sebalik matahari dan permulaan baru seterusnya. Idea ini adalah simbolik pembelajaran yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang pelbagai peringkat tali pinggang dan permulaan perjalanan mereka sebagai pengajar.
Latar belakang
Kelab Karate-Do UTeM merupakan salah satu kelab seni mempertahankan diri yang tertua di UTeM. Kelab ini ditubuhkan oleh pelajar UTeM bertujuan untuk berkongsi ilmu mempertahankan diri dari Okinawa, Jepun. Seni mempertahankan ini terdiri dari 3 teras utama iaitu kihon (asas), kata (bunga) dan kumite (tempur). Kihon ialah teknik asas iaitu teknik pernafasan, jeritan semangat, tumbukan, tendangan, menyekat, serangan semula dan jenis kekuda. Kata ialah persembahan seni bunga di dalam Karate yang boleh diguna pakai dalam situasi sebenar. Untuk mempelajari Kata, keseimbangan dan ketepatan adalah tunjang utama dalam menghasilkan bunga yang cantik. Kumite adalah sebahagian daripada Karate di mana seseorang berlatih menentang musuh. Kumite boleh digunakan untuk membangunkan teknik atau kemahiran tertentu atau ia boleh dilakukan dalam pertandingan. Karate dapat mendidik nilai disiplin, menepati masa, hormat-menghormati, merendah diri, tangkas dalam membuat keputusan selain meningkatkan stamina di dalam diri pelajar.
Strong, brave, discipline.
Memperkasakan seni mempertahankan diri Karate-Do di dalam UTeM.
Melahirkan pelajar yang tangkas membuat keputusan.
Menghasilkan pelajar yang mampu mempertahankan diri dalam keadaan terdesak.
Menanam nilai murni dalam diri pelajar.