Latar Belakang.
Pada 17 November 2005 pihak Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah mendapat makluman daripada Cawangan Pembantu, Bukit Aman, penubuhan SUKSIS KUTKM telah dimasukkan dalam fasa ke tiga. Pada Januari 2006 KUTKM telah berhasrat untuk menubuhkan Kor SUKSIS setelah mengenalpasti penubuhan Kor SUKSIS sebagai satu aktivti kokurikulum untuk meningkatkan mutu disiplin pelajar. Cawangan Pembantu, Bukit Aman telah menerima cadangan KUTKM untuk menubuhkan Kor SUKSIS. Kelulusan penubuhan SUKSIS KUTKM telah diterima dari Pengarah Pengurusan PDRM dan Kor SUKSIS KUTKM telah ditubuhkan dengan rasminya berkuatkuasa pada 21 Julai 2006.
“ MEMBINA KEBITARAAN MELALUI LATIHAN KEPOLISAN ”
Menjadikan Kor SUKSIS sebagai pusat latihan Sukarelawan polis yang bitara dan cemerlang dalam melahirkan pegawai sukarelawan polis yang bersahsiah dan berkepimpinan bagi mencapai wawasan negara.
Melahirkan pegawai-pegawai sukarelawan polis yang berkeupayaan tinggi bagi memenuhi tuntutan-tuntutan kepolisian moden dan kepimpinan pendidikan selaras dengan dasar perlembagaan negara.