LATAR BELAKANG
Kelab PERMATA UTeM merupakan singkatan bagi Kelab Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu. Kelab ini merupakan sebuah kelab yang mengumpulkan semua anak-anak Terengganu yang menyambung pengajian di UTeM. Kelab ini telah lama ditubuhkan oleh Yayasan Negeri Terengganu. Tujuan utama kelab ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan mahasiswi anak kelahiran Terengganu yang datangnya dari pelbagai daerah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan hubungan yang terjalin ini terus menjadi erat antara satu sama lain. Selain itu juga, pelbagai insentif yang diberikan khas kepada semua anak kelahiran negeri Terengganu bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga walau dimana mereka berada.
“USAHA, DOA DAN TAWAKAL”
Menjadi sebuah organisasi cemerlang dalam menyediakan peluang membangun modal insan berkualiti.
Menyediakan bantuan dan kemudahan pembelajaran berkualiti bagi memenuhi Agenda Pendidikan Negara.
Melahirkan dan melatih mahasiswa/i di dalam kepimpinan.