JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN SISWA/I (JAKSIS) SATRIA (LEKIU)
Kolej Kediaman Siswa/i Satria (Lekiu) merupakan salah satu Kolej Kediaman yang siap dibina pada bulan September 2017. Kolej Kediaman Lekiu yang berkonsepkan apartment ini dapat memuatkan lebih 1000 pelajar. Setiap rumah mempunyai 5 bilik dimana dapat menempatkan 2 orang pelajar sebilik. Pelbagai kemudahan yang disediakan di blok ini termasuklah Bilik Aktiviti, Bilik Televisyen, Bilik Dobi, Surau dan lain-lain.
Setiap blok di Kolej Kediaman Satria mempunyai pentadbiran dan organisasi yang tersendiri. Semua urusan bagi asrama di Kolej Kediaman Lekiu akan diuruskan oleh Pentadbiran dan Pengurusan Kolej Kediaman Satria (Lekiu) manakala urusan yang melibatkan aktiviti atau program bagi pelajar akan dirancang dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa/i (JAKSIS) Satria (Lekiu). Jaksis Lekiu ditubuhkan bertujuan untuk membantu pentadbiran pelajar dalam membentuk kemahiran insaniah (soft skills), kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja Kumpulan dan lain-lain.
“We Soar with Pride”
Membentuk komuniti kolej yang harmoni, inklusif dan positif kepada pelajar.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar di mana ia juga menjadi tempat pelajar memperluaskan pengetahuan, mengembangkan kemahiran sosial, dan mencapai kecemerlangan akademik.