LATAR BELAKANG
BADAR UTeM atau lebih dikenali sebagai Badan Dakwah dan Rohani merupakan satu organisasi yang telah ditubuhkan pada tahun 2004/2005 yang bernaung di bawah Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Organisasi ini diselia oleh pelajar bagi mengimarahkan program dan aktiviti yang berkonsepkan hal ehwal Islam dalam kalangan pelajar di UTeM. Aktiviti tersebut bukan sahaja melibatkan pengisian bersifat kerohanian, malah turut merangkumi aktiviti fizikal, aktiviti santai & tidak ketinggalan juga aktiviti yang bersifat kesenian.
Islam Memperkukuh Penyatuan Ummah
With Ukhwah, We Care
Membudayakan gaya hidup Islam yang sebenar ke arah pembentukan masyarakat UTeM yang Rabbani.
Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar secara holistik.
Mengukuhkan kefahaman Islam yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Membina hubungan yang sejahtera dengan semua pihak untuk menyebarluaskan dakwah.
Menyediakan platform untuk membentuk sifat kerohanian dan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa/i UTeM.