● Warna – Warna merah, putih, kuning dan biru mencerminkan warna-warna yang terdapat pada Bendera Persekutuan (Jalur Gemilang) dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan.
● Anak Bulan Sabit dan Bintang Pecah Lima – Sementara itu, anak bulan sabit dan bintang pecah lima ialah sebagai tanda agama Islam, agama negeri dan juga negara.
● 2 ekor pelanduk – Dibahagian sisi kiri dan kanan logo terdapat gambaran pelanduk yang bertujuan sebagai lambing untuk memperingati riwayat tua bagaimana Melaka diasaskan.
● Motto – Turut terlihat motto SAM iaitu “Berkhidmat Menabur Bakti” yang berada dibawah bahagian logo.
● Nama Persatuan – Dibahagian atas logo diletakkan nama kelab iaitu Sekretariat Anak Melaka UTeM bertujuan untuk mudah untuk dikenal pasti.
Latar Belakang
Sekretariat Anak Melaka (SAM) ditubuhkan selepas mendapat kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar UTeM iaitu JHEP bertarikh 14/10/2011. Sekretariat ini diilhamkan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri selepas merasmikan Program Kem Pemantapan Jati Diri Mahasiswa UTeM 2011 di Samudera Bidara Resort, Tg. Bidara, Melaka pada 3-5 Jun 2011. Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam meminta Sekretariat ini ditubuhkan supaya menjadi salah satu platform yang boleh menyediakan ruang dan peluang yang lebih luas kepada mahasiswa UTeM untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai prinsip-prinsip jati diri dan boleh menyumbangkan sesuatu sesuatu kepada Negeri Melaka.
Tujuan Sekretariat Anak Melaka ditubuhkan adalah seperti berikut:
● Membela mahasiswa, membantu mahasiswa dari segi bidang kerjaya professional, kebajikan dan juga menuntut mahasiswa untuk menuai bakti di negeri Melaka.
● Memupuk minat dan semangat mahasiswa untuk bersama-sama merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka ke arah yang lebih cemerlang.
● Sebagai satu landasan untuk melengkapkan pendekatan-pendekatan pengukuhan perpaduan dikalangan mahasiswa bagi menjamin keharmonian, sekaligus meningkatkan lagi suasana pembelajaran yang kondusif dan sihat.
Berkhidmat Menabur Bakti
“Menjadi wadah pembinaan dan perkhidmatan kepada anak-anak Melaka untuk berkembang secara holistic dan berkhidmat kepada masyarakat, melalui nilai-nilai keihsanan dan kerjasama.”
Pembinaan Holistik – Memberikan pendidikan, prmbangunan diri, dan peluang pembelajaran kepada anak-anak Melaka agar mereka dapat berkembang secara holistik, termasuk dalam aspek akademik, sosial dan kemahiran.
Kehidupan Berkhidmat – Mendorong anggota kelab untuk aktif berkhidmat kepada masyarakat Melaka melalui pelbagai inisiatif sosial dan kemahiran.
Nilai Keihsanan – Memupuk nilai-nilai keihsanan, berdikari dan empati dalam diri anggota, agar mereka menjadi individu yang peka terhadap keperluan masyarkat dan bersedia memberikan bakti kepada mereka.
Pemupukan Bakat – Mengenal pasti dan memupuk bakat-bakat unik anggota kelab, serta memberi peluang untuk berkembang dalam bidang yang diminati.
Membina Jaringan – Membina rangkaian kerjasama dengan agensi daan komuniti tempatan untuk memperkuat perkhidmatan kepada masyarakat dan menyokong pembangunan Melaka yang berkelanjutan.
Penyelidikan dan Pertukaran Ilmu – Menggalakkan penyelidikan, pembelajaran, dan pertukaran ilmu dikalangan anggota kelab untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka dalam perkhidmatan.
Visi dan misi ini mencerminkan komitmen Kelab Sekretariat Anak Melaka untuk memberikan kesempatan kepada anak-anak Melaka untuk berkembang dan berkhidmat kepada masyarakat Melaka dengan nilai-nilai yang berlandaskan kepedulian, pengabdian, dan pembinaan diri yang holistik.