Latar belakang
Sekretariat Rakan Muda UTeM merupakan satu organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM. Ia juga merupakan satu badan “penggerak” mewakili Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam sesebuah universiti. Sekretariat Rakan Muda ini merupakan satu program Rakan Muda yang telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Oktober 1994 dengan misi terasnya bagi melahirkan potensi tertinggi generasi muda supaya mendukung matlamat pembangunan negara. Cabaran pencapaian misi ini ialah membentuk generasi muda yang lengkap dengan gugusan nilai-nilai murni, berfikiran positif, menguasai ilmu dan kemahiran bagi menempuh kemajuan peradaban yang akan datang.
OBJEKTIF
● Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi mahasiswa disamping penekanan kearah memiliki kekuatan moral.
● Mendedahkan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawan dengan berbakti kepada masyarakat sekaligus menanam nilai kemanusiaan.
● Menganjurkan program yang mencetus pemikiran belia yang kreatif bagi meningkatkan nilai professional dalam kalangan mahasiswa.
● Memupuk semangat bersukan dan cinta akan alam sekitar dengan memberikan pendedahan tentang pentingnya bersukan dan penjagaan alam sekitar.
Memperkasakan mahasiswa ke arah kecemerlangan serta membimbing mahasiswa sebagai pemangkin masa depan negara.
Menjadi platform untuk membentuk ikon demi kesatuan mahasiswa.