Pertandingan membuat karya animasi bertemakan "Wonderful Malaysia" ini perlu menggunakan perisian Scratch yang berdurasi maksimum 2 minit sahaja. Para peserta perlu memaparkan data atau info berkaitan dengan keistimewaan, sejarah atau suasana yang menarik yang terdapat di Negara Malaysia. Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 13 Oktober 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 20 Oktober 2024
Pengumuman pemenang: 27 Oktober 2024
Tema animasi ialah ‘Wonderful Malaysia’.
Peserta perlu membuat karya animasi secara bercerita atau muzik menggunakan aplikasi "SCRATCH".
Perlu memaparkan animasi dengan memperkenalkan keistimewaan dan suasana yang menarik di Negara Malaysia.
Animasi tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya dan tidak mengandungi elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, ketepatan maklumat dan juga kekemasan.
Animasi ini mampu berinteraksi dengan dunia luar antaranya juri dan guru.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.