SEPTEMBER 2025
POSTER HARI MALAYSIA
POSTER HARI MALAYSIA
Peserta dikehendaki menghasilkan poster hari Malaysia yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan semangat cinta akan negara Malaysia. Poster hendaklah menggambarkan perpaduan kaum, keamanan dan keharmonian negara dengan sentuhan identiti serta warisan Malaysia.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran:https://forms.gle/WC25LJMhFejRLKQ46
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek:https://forms.gle/36etUXYthDKTiAKHA
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Laman Informasi: https://sites.google.com/view/jazropajsk/2025/sep-2025
Tarikh Pendaftaran dibuka: 14 September 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 21 September 2025 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 28 September 2025 (Ahad)
Tema projek ialah ‘HARI MALAYSIA’– di mana para peserta perlu mencipta poster yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan semangat cinta akan negara Malaysia.
Poster hendaklah dihasilkan menggunakan platform Canva.
Poster mesti disediakan dalam format digital mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan(JPEG,PNG,PDF,MP4(kurang dari 1 minit)).
Peserta perlu memuat naik pautan Google Drive bagi poster tersebut dan memastikan pautan tersebut boleh diakses oleh pihak JAZRO (tukar tetapan akses kepada “Anyone with link can view”).
Dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah:
Kreativiti
Inovasi rekaan
Impak positif
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan.
Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Sila rujuk garis panduan di pautan berikut: RUJUKAN GARIS PANDUAN