Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk menzahirkan kreativiti melalui penghasilan model digital Piala Guru menggunakan Tinkercad.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/FtaFFRsTBZoQjYb1A
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/H3fF7t3fc3uaDA6D7
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka: 3 Mei 2026 (Ahad) – 10 Mei 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 10 Mei 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 24 Mei 2026 (Ahad), 9:00PM
Tema projek ialah REKA CIPTA 3D: PIALA GURU INSPIRASI– mereka bentuk piala yang kreatif, inovatif dan unik, dengan menampilkan ciri-ciri istimewa yang melambangkan simbol penghargaan kepada guru.
Model 3D Piala Guru Inspirasi hendaklah dihasilkan menggunakan platform TinkerCad.
Laporan akhir model reka cipta 3d piala guru inspirasi perlu memasukkan Ringkasan Model, Inovasi dan Inspirasi dimana perlu disediakan dan dilampirkan dalam satu muka surat mengikut spesifikasi yang ditetapkan. (PDF)
Semua peserta diwajibkan untuk menyertakan pautan (link) projek Tinkercad masing-masing yang boleh diakses oleh pihak penilai.
TIDAK MENGANDUNGI elemen-elemen lain yang tidak sesuai yang berkaitan dengan budaya, bangsa atau agama lain.
Antara kriteria penilaian adalah berdasarkan kreativiti, inovasi, laporan akhir
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.