OKTOBER 2025
GAME MAKING CHALLENGE: AI IN EDUCATION
GAME MAKING CHALLENGE: AI IN EDUCATION
GAME MAKING CHALLENGE: AI IN EDUCATION
Pertandingan mencipta sebuah game menggunakan platform Scratch, iaitu sebuah aplikasi mengaturcara untuk kanak-kanak. Kali ini, tema game yang perlu dihasilkan adalah “AI IN EDUCATION” dimana peserta perlu menghasilkan game yang menggabungkan elemen pendidikan, strategi, dan aksi futuristik, menjadikannya menarik untuk pemain yang gemar teknologi dan kreativiti dalam bentuk game Scratch. Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/EK5HCtXh4oHizXB4A
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/Uad6KRjXtpqnxaMz8
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Laman Informasi: https://sites.google.com/view/jazropajsk/2025/oct-2025
Tarikh Pendaftaran dibuka: 5 Oktober 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 12 Oktober 2025 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 19 Oktober 2025 (Ahad)
Syarat penghantaran projek:
1. Tema Permainan:
Projek mestilah berdasarkan tema “AI in Education”, dimana peserta perlu mencipta sebuah permainan yang menggabungkan elemen pendidikan, strategi, dan aksi futuristik.
2. Perisian:
Permainan mestilah mengandungi elemen pendidikan dan berkait dengan konsep Kecerdasan Buatan (AI). Permainan boleh membantu pengguna belajar, seperti melalui:
* Teka-teki
* Kuiz interaktif
* Permainan berasaskan strategi atau pemikiran logik
* Simulasi pendidikan berasaskan AI
* Atau sebarang idea kreatif lain yang berkaitan
3. Bahasa:
Permainan boleh dibangunkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
4. Kandungan:
Permainan tidak dibenarkan mengandungi sebarang unsur:
Keganasan yang melampau
Sensitiviti agama
Diskriminasi kaum atau budaya
Mana-mana elemen yang tidak sesuai dengan nilai murni
5. Keaslian:
Hasil karya mestilah 100% asli dan dibangunkan oleh peserta sendiri.
6. Kriteria Penilaian:
Penilaian projek akan berdasarkan kepada aspek berikut:
Kemahiran pengaturcaraan
Kreativiti permainan dan reka bentuk
Kualiti dokumentasi
Keupayaan pembentangan projek
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan.
Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Sila rujuk garis panduan di pautan berikut: RUJUKAN GARIS PANDUAN