Pertandingan ini merupakan pertandingan penghasilan poster digital kreatif menggunakan platform CANVA bertemakan “ONE EARTH, ONE FUTURE!”
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/PjxBMspd5uzJjoSSA
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/ZGB9a5h3FGo5cKsj6
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka: 12 April 2026 (Ahad) – 19 April 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 19 April 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 3 Mei 2026 (Ahad), 9:00PM
Tema projek ialah ONE EARTH, ONE FUTURE! - dimana peserta perlu menghasilkan sebuah poster untuk menyampaikan mesej berkaitan penjagaan alam sekitar, kesan perbuatan manusia terhadap Bumi serta tanggungjawab bersama dalam memastikan masa depan yang lestari.
Peserta perlu menggunakan aplikasi CANVA untuk mencipta poster tersebut.
Penghantaran projek dalam format pautan CANVA. Pastikan pautan boleh diakses.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Tidak mengandungi mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: Kreativiti & keaslian, kejelasan mesej, reka bentuk visual, kesuaian dengan tema.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan.
Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.