ANALISA DATA: MENEROKAI SAINS CUACA DI MALAYSIA
Pertandingan merekacipta dashboard berkaitan data analisis cuaca di Malaysia dengan menggunakan perisian google sheet atau perisian excel. Para peserta perlu menemukan data cuaca di Malaysia dan memaparkan di dalam dashboard yang dihasilkan dengan menarik.
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link pendaftaran: https://ezy.la/ptmei atau https://forms.gle/Gc5a5fb8SboGeKcj8
Link penghantaran projek: https://forms.gle/RbJAcL59tP24Nbwf7
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 14 Mei 2023
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 21 Mei 2023
Pengumuman pemenang: 28 Mei 2023
Tema pertandingan ialah ‘Fakta tentang Cuaca di Malaysia’.
Perlu memaparkan maklumat cuaca di Malaysia dengan menggunakan infografik, carta atau graf yang menarik dalam bentuk poster bersaiz A4.
Poster infografik tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya dan tidak mengandungi elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, ketepatan maklumat dan juga penerangan yang jelas.
Peserta boleh menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster tersebut.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.