Jawapan: Kebanyakan program yang disenaraikan adalah berdasarkan Penyertaan Individu.
Jawapan: Jangan risau kerana kami akan memberikan komitmen dan usaha untuk menjalankan program-program ini setiap bulan. Justeru, kami berharap pihak penyelaras di sekolah berpeluang untuk melibatkan pelajar-pelajar berdasarkan kesesuaian jadual dan juga topik/tema program.
Jawapan: Bergantung kepada program dan team yang dijalankan. Namun, secara amnya, kebanyakan program di sini adalah berdasarkan kemahiran ICT, STEM dan juga topik Sains dan Teknologi. Sehubungan dengan itu, antara bidang yang berkaitan adalah Sains, Matematik, Asas Sains Komputer, Reka Bentuk dan Teknologi, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan seumpama dengannya. Selain itu, sekiranya pihak sekolah ingin melibatkan peserta daripada kelab dan persatuan yang berkaitan juga digalakkan di bawah aktiviti kelab dan persatuan di sekolah.
Jawapan: Peserta akan mendapat notifikasi seperti "Your response has been recorded".
Jawapan: Boleh, projek boleh dihantar menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Jawapan: Semua program yang disenaraikan dalam laman web ini adalah percuma.
Jawapan: Antara objektif utama sebuah mydigitalmaker hub di bawah seliaan MDEC adalah untuk menjalankan program-program yang boleh memperkasakan modal insan digital di sesebuah kawasan. Pada masa yang sama, JAZRO telah mengambil inisiatif ini untuk membantu para pelajar terutamanya yang berada di luar bandar untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran asas dalam bidang Industri 4.0.
Jawapan: Kelayakan pengiktirafan program sebagai PAJSK adalah bergantung kepada keputusan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui semakan laporan pelaksanaan yang dihantar kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian dalam masa 30 hari selepas program . Pihak penganjur akan memaklumkan kepada peserta dari masa ke semasa tentang kelayakan yang akan diperolehi daripada program ini.
Jawapan: Keseluruhan program yang dianjurkan adalah berfokuskan untuk penyertaan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, pengiktirafan program hanya terhad kepada PAJSK sahaja.
Jawapan: Keseluruhan program yang dianjurkan adalah diperingkat kebangsaan.
Jawapan: Kegunaan logo KPM adalah untuk kegunaan majlis/program rasmi sahaja oleh itu sijil yang akan diberikan adalah TANPA logo KPM sepertimana maklum balas yang diterima oleh KPM penggunaan logo KPM tidak dibenarkan selain majlis rasmi sahaja.
Jawapan: Penganjur adalah JAZRO Robotic Academy, iaitu sebuah pusat latihan robotik dan STEM berpusat di Terengganu. JAZRO menjalankan kelas latihan STEM berdasarkan bidang Industri 4.0 terutamanya berkaitan dengan pengaturcaraan dan robotik. JAZRO juga merupakan salah satu pusat mydigitalmaker hub (MDEC) yang berdaftar di Terengganu dan aktif mengadakan program-program STEM di pantai timur dan di seluruh Malaysia amnya.
Jawapan: Tidak. JAZRO merupakan sebuah agensi swasta yang menjalankan kerjasama dengan beberapa organisasi tempatan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga sekolah-sekolah.
Jawapan: Tuan/puan boleh menghubungi pihak kami di melalui e-mel jazro.marketing@gmail.com untuk sebarang kerjasama program lanjutan.