Pertandingan menghasilkan laman web bertemakan Tahun Melawat Malaysia 2026 menggunakan platform Canva. Peserta perlu menghasilkan laman web yang kreatif dan informatif bagi mempromosikan destinasi pelancongan, warisan budaya, makanan tradisional serta keunikan tempat-tempat di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/nWnQUqXMmfTxWG5t8
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/1QB1QKXyKxNXJh3a9
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka: 6 September 2026 (Ahad) – 13 September 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 13 September 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 27 September 2026 (Ahad), 9:00PM
Tema projek ialah ‘TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 di mana para peserta perlu mencipta laman web digital yang kreatif dan informatif bagi mempromosikan tahun melawat Malaysia 2026.
Laman web hendaklah dihasilkan menggunakan platform Canva sahaja.
Peserta wajib menghantar pautan laman web dalam borang penghantaran.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta. Penggunaan Canva AI adalah dilarang dan penyertaan akan ditolak.
Antara kriteria penilaian adalah berdasarkan kreativiti, inovasi rekaan, dan impak positif.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.