GAME MAKING CHALLENGE: AIDILFITRI CELEBRATION
Pelajar perlu menghasilkan sebuah game menggunakan Scratch platorm yang bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri menggunakan perisian Scratch.
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link pendaftaran: http://ezy.la/PTAPR atau https://forms.gle/ftaow2qiPVefvUF5A
Link penghantaran projek: https://forms.gle/mfQXu8jYF3UUcbBH6
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 9 April 2023
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 16 April 2023
Pengumuman pemenang: 30 April 2023
Tema permainan video yang dihasilkan adalah: “SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI” – di mana peserta perlu menghasilkan sebuah game yang menyeronokkan yang berkaitan sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk menghasilkan game tersebut, peserta WAJIB menggunakan:
Scratch – perisian dalam talian
Panduan pembuatan game:
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: kreativiti, kemahiran pengaturcaraan & impak positif (nilai).
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7,8,9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10,11,12 tahun)
Sekolah Menengah Bawah (13,14,15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16,17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.