April 2025
(Video Hari Raya bertemakan AI)
(Video Hari Raya bertemakan AI)
Pertandingan mencipta sebuah video menggunakan platform TikTok, iaitu sebuah aplikasi video berdurasi singkat. Kali ini, tema video yang perlu dihasilkan ialah “Video Hari Raya Bertemakan AI” dimana peserta perlu menghasilkan video yang menggabungkan elemen AI untuk menunjukkan suasana hari raya secara kreatif dan inovatif di dalam aplikasi TikTok.
Link pendaftaran: https://forms.gle/3nxoieeNK4oJw1ZLA
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/nTNTHCYUoGgcg8bJA
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran dibuka: 6 April 2025 (Ahad) - 13 April 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 13 April 2025 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 20 April 2025 (Ahad)
1. Tema projek ialah ‘Video Hari Raya Bertemakan AI’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah video yang menggabungkan elemen AI untuk menunjukkan suasana hari raya.
2. Peserta perlu menggunakan aplikasi TikTok untuk mencipta video tersebut.
3. Durasi video adalah maksimum 1 minit.
4. Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
5. TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
6. Merupakan hasil karya asli peserta.
7. Antara kriteria penilaian adalah:
Kreativiti
Penggunaan teknologi AI
Impak positif.
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Hanya poster yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan. Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.