MEI 2025
Kad Ucapan Digital Selamat Hari Ibu
Kad Ucapan Digital Selamat Hari Ibu
Pertandingan menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Ibu menggunakan platform Canva. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Ibu yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan penghargaan kepada para ibu. Kad ucapan hendaklah menggambarkan keistimewaan Hari Ibu dengan sentuhan peribadi yang unik.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/DkG2XEvdAwm9yyHG7
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/jasWb5HwCGrXHEqW9
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran dibuka: 4 Mei 2025 (Ahad) - 11 Mei 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 11 Mei 2025 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 18 Mei 2025 (Ahad)
Tema projek ialah ‘SELAMAT HARI IBU’– di mana para peserta perlu mencipta kad ucapan digital yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan penghargaan kepada para ibu.
Kad ucapan hendaklah dihasilkan menggunakan platform Canva.
Kad ucapan mesti disediakan dalam format digital mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan(JPEG, PNG, PDF, mp4).
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti, inovasi rekaan, dan impak positif.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan. Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.