Pertandingan menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Bapa menggunakan platform Canva. Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan kad ucapan digital Selamat Hari Bapa yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan penghargaan kepada para bapa. Kad ucapan hendaklah menggambarkan keistimewaan dan pengorbanan bapa dengan sentuhan tersendiri yang unik.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/1abWg7dMGotvZLCr7
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/a3zEXk4w5vryxPos6
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka: 7 Jun 2026 (Ahad) – 14 Jun 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 14 Jun 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 28 Jun 2026 (Ahad), 9:00PM
Tema projek ialah "SELAMAT HARI BAPA" – di mana para peserta perlu mencipta kad ucapan digital yang kreatif dan inovatif untuk menyampaikan penghargaan kepada para bapa.
Kad ucapan hendaklah dihasilkan menggunakan platform Canva sahaja.
Kad ucapan mesti disediakan dalam format digital mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan(JPEG,PNG,JPG). Video adalah tidak dibenarkan.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti, inovasi rekaan, dan impak positif.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.