Popular Women in Science
Pertandingan merekacipta poster berkaitan tokoh wanita yang popular dalam bidang Sains dengan menggunakan perisian Canva. Para peserta perlu menerangkan inovasi dan bidang yang diceburi oleh tokoh tersebut dengan menarik.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: https://ezy.la/FEB
Link penghantaran projek: https://forms.gle/z1sqhchgJB24LX497
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 12 Februari 2022
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 19 Februari 2022
Pengumuman pemenang: 26 Februari 2022
Syarat penghantaran projek:
Tema poster yang perlu dihasilkan adalah: "Popular Women in Scince" – di mana para peserta perlu menerangkan inovasi dan bidang yang diceburi oleh tokoh tersebut dengan menarik.
Untuk menghasilkan poster tersebut, peserta perlu menggunakan:Canva – perisian dalam talian
Panduan pembuatan poster:
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan poster tersebut.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7,8,9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10,11,12 tahun)
Sekolah Menengah Bawah (13,14,15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16,17 tahun)