Mac 2025
(Ramadan "Mitos vs Fakta")
(Ramadan "Mitos vs Fakta")
Pertandingan Mencipta Poster Infografik bertemakan Ramadan (Mitos vs Fakta) yang diinovasikan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel atau Google Sheets. Microsoft Excel atau Google Sheets adalah sebuah aplikasi atau perisian yang membolehkan anda membuat analisis data, carta, jadual, dan reka bentuk infografik yang lebih kreatif, dengan menggunakan elemen seperti bentuk, warna, dan teks untuk menyampaikan maklumat secara visual.
Link pendaftaran: https://forms.gle/emeVXCfU8kebVJuL8
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/TFyFBBirmUt2WM2S8
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran dibuka: 9 Mac 2025
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 16 Mac 2025
Pengumuman pemenang: 23 Mac 2025
Tema poster adalah Ramadan "Mitos vs Fakta"– dimana para peserta perlu mencipta sebuah poster yang diinovasikan dengan menggunakan Microsoft Excel atau Google Sheets.
Poster yang dihasilkan tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris (Hanya satu bahasa dalam satu poster).
Penghantaran projek mestilah dalam format XLSX. Saiz poster yang disyorkan ialah A1:F23.
5. Projek hendaklah hasil karya asli peserta.
6. Kriteria penilaian adalah seperti berikut;
Daya Tarikan Visual & Kreativiti
Kualiti dan Kesahihan Maklumat
Kemahiran Rekaan
Keberkesanan Mesej
7. Pertandingan diadakan berdasarkan 3 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Hanya poster yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan.
Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.