GAME MAKING CHALLENGE: SPORTS & SCIENCE
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link penghantaran projek: https://forms.gle/Mx9UvCvQYfx42xF49
Group telegram peserta: t.me/PAJSKJAZRO
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 22 - 29 Oktober 2023
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 29 Oktober 2023
Pengumuman pemenang: 5 November 2023
Pertandingan mencipta sebuah game sehubungan dengan Hari Sukan Negara yang diintegrasikan dengan platform Scratch. Oleh itu, tema game yang perlu dihasilkan adalah “Sports & Science” dimana peserta perlu menghasilkan game yang mempunyai elemen pembelajaran tentang aplikasi sains dalam sukan seperti biotek, kimia dan fizik yang dipersembahkan secara kreatif dan inovatif dalam bentuk game Scratch.
Untuk menghasilkan game tersebut, peserta boleh menggunakan:
Scratch – perisian dalam talian
Panduan pembuatan game:
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: kreativiti, kemahiran pengaturcaraan & impak positif (nilai).
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minima seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.