Pertandingan ini merupakan pertandingan penghasilan permainan video kreatif menggunakan platform Scratch. Bertemakan MindCrafters Game, peserta dikehendaki membina sebuah permainan yang kreatif dan inovatif bagi menguji logik, strategi serta kemahiran menyelesaikan masalah. Permainan yang dihasilkan perlu direka sepenuhnya menggunakan aplikasi Scratch dan selaras dengan tema pertandingan. Peserta digalakkan menghasilkan idea permainan seperti puzzle, coding maze atau teka-teki interaktif yang mencabar pemikiran pemain.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/qZDbC1Mw5ycahXP48
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/he7HA75MKfQ5Co5s9
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka: 5 Julai 2026 (Ahad) – 12 Julai 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 12 Julai 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang: 26 Julai 2026 (Ahad), 9:00PM
Tema projek ialah “ MindCrafters Game” – di mana peserta perlu membina sebuah permainan video yang menguji logik, strategi serta kemahiran menyelesaikan masalah.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Scratch untuk mencipta permainan tersebut.
Penghantaran projek adalah dalam bentuk pautan projek Scratch dan pastikan pautan boleh diakses.
Permainan boleh dibangunkan dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sahaja.
Tidak mengandungi elemen keganasan melampau, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau unsur lain yang tidak sesuai.
Mestilah merupakan hasil karya asli peserta.
Antara contoh idea permainan adalah seperti puzzle, coding maze, atau teka-teki interaktif yang mencabar pemikiran pemain.
Antara kriteria penilaian adalah:
Kreativiti, kejelasan konsep & keaslian permainan
Reka bentuk visual & interaktiviti
Kesuaian dengan tema
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.