Pertandingan ini mencabar peserta untuk menghasilkan model digital Adiwira Robot menggunakan Tinkercad. Peserta dikehendaki mereka bentuk robot yang kreatif, inovatif dan unik, dengan menampilkan ciri-ciri istimewa yang melambangkan watak seorang adiwira. Model robot yang dihasilkan hendaklah menunjukkan identiti tersendiri, sama ada dari segi fungsi, bentuk, atau konsep, serta menggambarkan bagaimana robot tersebut mampu berperanan sebagai simbol adiwira yang sebenar dalam dunia teknologi dan imaginasi. Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/HyrDa1Uk8KejHu1i9
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/cS5FpEKxVM4LHb2t7
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka 1 Februari 2026 (Ahad) – 8 Februari 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek 8 Februari 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang 22 Februari 2026 (Ahad)
Garis Panduan
https://drive.google.com/file/d/1mYqWOtvqhfzvM1aj2zZHUuoMvR3BiF6-/view?usp=sharing
Pertandingan mencipta sebuah video menggunakan platform TikTok, iaitu sebuah aplikasi video berdurasi singkat. Kali ini, tema video yang perlu dihasilkan ialah “Video Salam Syawal” dimana peserta perlu menghasilkan video yang kreatif dan inovatif untuk menunjukkan suasana hari raya yang melambangkan perpaduan, silaturahim dan nilai murni di dalam aplikasi TikTok. Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/uCVd5SvfargYUUo76
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/rqfGFT3MQ3CmgzFM6
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka 22 Mac 2026 (Ahad) – 29 Mac 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek 29 Mac 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang 12 April 2026 (Ahad)
Garis Panduan
https://drive.google.com/file/d/1bGnyGyfY7wnsO_w9C0GvPfvi2uq_f_JI/view?usp=sharing
Pertandingan ini merupakan pertandingan penghasilan poster digital kreatif menggunakan platform CANVA. Bertemakan “ONE EARTH, ONE FUTURE!”, peserta dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang kreatif dan inovatif bagi menyampaikan mesej berkaitan penjagaan alam sekitar, kesan perbuatan manusia terhadap bumi serta tanggungjawab bersama dalam memastikan masa depan yang lestari. Poster yang dihasilkan hendaklah direka sepenuhnya menggunakan aplikasi CANVA dan selaras dengan tema pertandingan. Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/PjxBMspd5uzJjoSSA
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/ZGB9a5h3FGo5cKsj6
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Pendaftaran dibuka 12 April 2026 (Ahad) – 19 April 2026 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek 19 April 2026 (Ahad)
Pengumuman pemenang 3 Mei 2026 (Ahad)
Garis Panduan
https://drive.google.com/drive/folders/1naKMHk8HeDsegr9kikAc34mc8sQEVM9C?usp=sharing