Big Event JAZRO 2026 merupakan kalendar tahunan eksklusif yang menghimpunkan pertandingan robotik, dron dan pengaturcaraan bertaraf antarabangsa di dalam dan luar negara. Program ini direka khas untuk memberi peluang kepada pelajar JAZRO mengembangkan bakat, keyakinan dan potensi mereka ke peringkat Asia dan Global.
Sepanjang tahun 2026, pelajar akan berpeluang menyertai pelbagai acara berprestij di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan China, melibatkan pertandingan seperti Robotik, Pengaturcaraan dan Dron yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Program ini sangat sesuai untuk:
Pelajar yang minat robotik, pengaturcaraan & teknologi
Ibu bapa yang ingin anak aktif kokurikulum & PAJSK
Pelajar yang bercita-cita ke pertandingan antarabangsa
Pelajar yang mahu bina portfolio pencapaian sejak awal
Big Event JAZRO 2026 bukan sekadar pertandingan, tetapi satu pelaburan masa depan untuk anak-anak membina keyakinan, kemahiran teknologi dan pencapaian yang membanggakan di peringkat global.
π Tarikh adalah tertakluk kepada pengesahan penganjur dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Boleh ikuti makluman dari semasa ke semasa di laman media sosial Jazro
Link FB: https://www.facebook.com/jazro.academy
Link IG: https://www.instagram.com/jazro.academy
π Jom sertai JAZRO dan buka peluang anak anda ke pentas dunia teknologi!