Pertandingan mencipta sebuah game menggunakan platform Scratch, iaitu sebuah aplikasi mengaturcara untuk kanak-kanak. Kali ini, tema 'game' yang perlu dihasilkan adalah “World Of Robotic” dimana peserta perlu menghasilkan 'game' yang menggabungkan elemen pendidikan, strategi, dan aksi futuristik, menjadikannya menarik untuk pemain yang gemar teknologi dan kreativiti dalam bentuk 'game' 'Scratch'.
● Link pendaftaran: https://forms.gle/FhScaWgbburmLwZs8
● Yuran penyertaan: PERCUMA
● Link penghantaran projek: https://forms.gle/UFrLovuJ8vwVKX6E6
● Jenis penyertaan: INDIVIDU
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Tarikh Pendaftaran dibuka: 16 Feb 2025
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 23 Feb 2025
Pengumuman pemenang: 2 Mac 2025
Tema permainan ialah ‘World of Robotic’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah permainan yang yang menggabungkan elemen pendidikan, strategi, dan aksi futuristik.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Scratch untuk mencipta game tersebut
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: kemahiran pengaturcaraan,kreativiti,dokumentasi & pembentangan.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.