CIPTA 3D MODEL MONUMEN BERSEJARAH DI MALAYSIA
Pertandingan mencipta sebuah 3D model monumen bersejarah di Malaysia menggunakan perisian Tinkercad. Tinkercad adalah sebuah aplikasi atau platform online pemodelan 3D yang membolehkan pengguna untuk mencipta dan mengedit reka bentuk 3D secara interaktif.
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link pendaftaran: https://forms.gle/dbw3VprgasmsTXqw7
Link penghantaran projek: https://forms.gle/GqnHH4vtW1QvWZgy8
Group telegram peserta: https://t.me/PTJUNE
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 13 Ogos 2023
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 20 Ogos 2023
Pengumuman pemenang: 27 Ogos 2023
Tema cipta 3D model ialah ‘Monumen Bersejarah di Malaysia’– di mana para peserta perlu menghasilkan satu model monumen yang berkaitan dengan sejarah Malaysia menggunakan rekacipta 3D.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Tinkercad untuk mencipta monumen tersebut.
Ciptaan 3D model tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Penghantaran projek mestilah dalam bentuk screenshot gambar model 3D tersebut mengikut template yang disediakan, beserta dengan link asal 3D model tersebut.
Peserta TIDAK perlu menghasilkan model fizikal. Projek adalah dalam bentuk model 3D Tinkercad.com sahaja.
Projek hendaklah hasil karya asli peserta.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, relevan dengan tema, dan juga impak positif.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
TUTORIAL PENGGUNAAN TINKERCAD.COM
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minima seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.