JUN 2025
3D Design: Model your Marvelous Mosque
3D Design: Model your Marvelous Mosque
Dalam pertandingan ini, peserta dikehendaki menghasilkan model masjid yang kreatif dan inovatif. Model masjid hendaklah menggambarkan kreativiti dan inovasi dengan ciri keunikan tersendiri.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Link pendaftaran: https://forms.gle/PxPQ8UTuiQ8tWLDF6
Yuran penyertaan: PERCUMA
Link penghantaran projek: https://forms.gle/7eUB4aWMbx3uUFnF7
Jenis penyertaan: INDIVIDU
Laman Informasi: https://sites.google.com/view/jazropajsk/2025/jun-2025
Tarikh Pendaftaran dibuka: 15 Jun 2025 (Ahad)
Tarikh akhir penghantaran projek: 22 Jun 2025 (Ahad) 11.59 pm
Pengumuman pemenang: 29 Jun 2025 (Ahad) 9.00 pm
Pertandingan ini memerlukan peserta menggunakan platform TinkerCad untuk menghasilkan model digital sebuah masjid menggunakan kreativiti sendiri ataupun olahan kejuruteraan sebuah masjid yang ditambah baik.
Peserta perlu menghantar pautan TinkerCad dan laporan 1 muka surat mengenai model masjid yang dibina.
Tema projek ialah ‘3D Design: Model Your Marvelous Mosque’– di mana para peserta perlu mencipta model digital sebuah masjid dengan konsep kreatif dan kejuruteraan masa depan.
Model masjid hendaklah dihasilkan menggunakan platform TinkerCad.
Laporan akhir model masjid perlu memasukkan Ringkasan Model, Inovasi dan Inspirasi dimana perlu disediakan dan dilampirkan dalam satu muka surat mengikut spesifikasi yang ditetapkan. (PDF)
TIDAK MENGANDUNGI elemen-elemen lain yang tidak sesuai yang berkaitan dengan budaya, bangsa atau agama lain.
Antara kriteria penilaian adalah: Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti, inovasi rekaan dan laporan akhir.
Semua karya mestilah asli dan hasil ciptaan peserta sendiri.
Kriteria penilaian termasuklah Kreativiti, Inovasi Rekaan, dan Laporan Akhir.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10,11,12 tahun)
Sekolah Menengah Bawah (13,14,15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16,17 tahun)
Hanya penghantaran yang memenuhi kriteria sahaja akan menerima sijil penyertaan. Penilaian pemenuhan kriteria dibuat berdasarkan garis panduan yang telah disediakan dan dikongsikan kepada semua peserta.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minimum seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.