Create 3D Model of Moon: Transition in 3D Codeblocks
Pertandingan mereka cipta animasi pergerakan fasa bulan menggunakan Tinkercad Codeblocks. Tinkercad Codeblocks adalah sebuah aplikasi atau platform pemodelan 3D yang membolehkan pengguna untuk mencipta dan mengedit reka bentuk 3D secara interaktif. Tinkercad Codeblocks menggunakan bahasa pemrograman visual seperti blocks untuk mempermudahkan pengguna dalam membuat reka bentuk 3D mereka. Pengguna dapat membuat dan mengedit objek 3D, membuat animasi, dan menambahkan interaksi dan kawalan.
Pendaftaran peserta boleh dilakukan melalui:
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link pendaftaran: http://ezy.la/PTMAR atau https://forms.gle/eN2JRsecdx5bgWSA7
Link penghantaran projek: https://forms.gle/rb6KMUQWfkkQtKV46
Peserta yang telah berdaftar perlu mengikut tempoh pertandingan seperti berikut:
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 12 Mac 2022
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 19 Mac 2022
Pengumuman pemenang: 26 Mac 2022
Syarat penghantaran projek:
Tema animasi ialah ‘Moon Phase Transition’– di mana para peserta perlu menghasilkan animasi pergerakan fasa bulan menggunakan rekacipta 3D.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Tinkercad Codeblocks untuk mereka cipta animasi tersebut.
Animasi tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Penghantaran projek mestilah dalam bentuk gif.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, fakta yang tepat dan juga kemahiran pengaturcaraan.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)