MENCIPTA POSTER INFOGRAFIK: SELAMATKAN ALAM KITA
Para peserta perlu menghasilkan sebuah poster infografik menarik yang mengandungi info bertemakan "Selamatkan Alam Kita" menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
Penyertaan adalah secara Individu.
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Link pendaftaran: http://ezy.la/PTJULAI atau https://forms.gle/sDePKrLZ5D2p1NVz5
Link penghantaran projek: https://forms.gle/X3jyySH2kGge866M8
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 16 Julai 2023
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 23 Julai 2023
Pengumuman pemenang: 30 Julai 2023
Tema pertandingan ialah ‘Selamatkan Alam Kita’.
Perlu memaparkan maklumat berkaitan alam sekitar dengan menggunakan infografik yang menarik menggunakan perisian Ms Powerpoint.
Poster infografik tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya dan tidak mengandungi elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Hanya boleh menggunakan MS Powerpoint.
Saiz poster WAJIB pada Nisbah 16:9 secara Landscape di setting Slide Size
Hanya 1 helai poster sahaja dibenarkan.
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja dibenarkan.
Poster hendaklah dihantar dalam 2 format iaitu “JPEG” dan juga fail asal MS Powerpoint iaitu “pptx” atau “ppt”.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, informatif dan juga penerangan yang jelas.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Link tersebut akan diaktifkan sebaik sahaja penganjuran pertandingan tidak mempunyai apa-apa halangan dan pertembungan dengan acara dalam talian yang lain, dalam tempoh minima seminggu sebelum pertandingan berlangsung.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.