Pertandingan merekacipta poster infografik berkaitan kelestarian alam sekitar dengan menggunakan perisian Google Sheet atau perisian Microsoft Excel. Para peserta perlu menemukan data berkaitan dengan alam sekitar dan memaparkan di dalam poster dengan menarik.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 7 April 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 14 April 2024
Pengumuman pemenang: 21 April 2024
Tema poster ialah ‘Sustainability:Go Green,Save Our Earth!’.
Perlu memaparkan maklumat berkaitan alam sekitar dengan menggunakan infografik, carta atau graf yang menarik dalam bentuk poster bersaiz A4.
Peserta boleh menggunakan excel atau google sheet untuk menjana data berkaitan kelestarian alam sekitar dan aplikasi Canva (pilihan) untuk menghasilkan poster tersebut .
Penghantaran poster mestilah dalam format PNG atau JPEG sahaja.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Poster infografik tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya dan tidak mengandungi elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, ketepatan maklumat dan juga penerangan yang jelas.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.