Peserta perlu mencipta sebuah model '3D Formula 1' dengan menggunakan perisian dalam talian 'tinkercad' dengan tema yang ditetapkan.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 14 Julai 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 21 Julai 2024
Pengumuman pemenang: 28 Julai 2024
Tema cipta 3D model ialah ‘3D INNOVATIONS IN RACING CAR ENGINEERING’– di mana para peserta perlu mencipta 3D model kereta lumba yang diinovasikan.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Tinkercad untuk mencipta kereta lumba.
Ciptaan 3D model tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Penghantaran projek mestilah dalam bentuk screenshot gambar model 3D tersebut mengikut template yang disediakan, beserta dengan link asal 3D model tersebut.
Projek hendaklah hasil karya asli peserta.
Kriteria penilaian adalah seperti inovasi, kreativiti, dan relevan dengan tema.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.