Pertandingan mencipta sebuah game menggunakan platform Scratch, iaitu sebuah aplikasi mengaturcara untuk kanak-kanak. Kali ini, tema game yang perlu dihasilkan adalah “Fun Game: Wonderful Sea Creatures ” dimana peserta perlu menghasilkan game yang menunjukkan kehidupan di dalam laut yang dipersembahkan secara kreatif dan inovatif dalam bentuk game Scratch.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 17 Mac 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 24 Mac 2024
Pengumuman pemenang: 31 Mac 2024
Tema permainan ialah ‘Fun Game: Wonderful Sea Creatures’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah permainan yang menunjukkan kehidupan di dalam laut.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Scratch untuk mencipta game tersebut
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: kreativiti, kemahiran pengaturcaraan & impak positif (nilai).
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.