Pertandingan mencipta sebuah poster bertemakan Destinasi Pelancongan Cuti Sekolah yang diinovasikan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Microsoft Powerpoint adalah sebuah aplikasi atau perisian persembahan yang membolehkan anda membuat slaid untuk pembentangan dengan mudah.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran Dibuka: 1 Disember 2024
Tarikh Akhir untuk menghantar projek: 8 Disember 2024
Pengumuman pemenang: 15 Disember 2024
Tema poster adalah ‘Destinasi Pelancongan Cuti Sekolah’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah poster slaid yang diinovasikan dengan menggunakan MS PowerPoint.
Peserta perlu menggunakan aplikasi MS PowerPoint untuk mencipta sebuah poster.
Ciptaan poster tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti diskriminasi bangsa dan budaya atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Penghantaran projek mestilah dalam format PDF.
Projek hendaklah hasil karya asli peserta.
Kriteria penilaian adalah seperti berikut; Daya Tarikan Visual & Kreativiti, Ketepatan Maklumat dan Keberkesanan Mesej.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
a. Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
b. Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11 tahun)
c. Sekolah Menengah Rendah (13, 14 tahun)
d. Sekolah Menengah Atas (16 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.