Pertandingan mencipta video menggunakan platform Tiktok, Instagram atau Facebook iaitu sebuah aplikasi video berdurasi maksimum 1 minit. Kali ini, tema video yang perlu dihasilkan adalah “Siaran Berita (Isu Semasa)” di mana peserta perlu menghasilkan video menjadi pengacara berita tentang isu semasa secara kreatif dan inovatif di dalam Tiktok, Instagram atau Facebook.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 11 Ogos 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 18 Ogos 2024
Pengumuman pemenang: 25 Ogos 2024
Tema video ialah ‘Siaran Berita (Isu Semasa)’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah video menjadi pengacara berita tentang isu semasa.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Tiktok, Instagram atau Facebook untuk mencipta video tersebut.
Durasi video adalah maksimum 1 minit.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Kriteria penilaian adalah seperti kreativiti, kemahiran penyuntingan video dan impak positif.
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.