Pertandingan mencipta video menggunakan platform Tiktok, iaitu sebuah aplikasi video berdurasi singkat. Kali ini, tema video yang perlu dihasilkan adalah “Suasana di Hari Raya” di mana peserta perlu menghasilkan video yang menunjukkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang dipersembahkan secara kreatif dan inovatif di dalam Tiktok.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 12 Mei 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 19 Mei 2024
Pengumuman pemenang: 26 Mei 2024
Tema permainan ialah ‘Suasana di Hari Raya’– di mana para peserta perlu mencipta sebuah video yang menunjukkan suasana kemeriahan di Hari Raya Aidilfitri.
Peserta perlu menggunakan aplikasi Tiktok untuk mencipta video tersebut.
Durasi video adalah maksimum 1 minit.
Dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
TIDAK MENGANDUNGI mesej-mesej keganasan, sensitiviti agama, diskriminasi bangsa dan budaya, atau elemen-elemen lain yang tidak sesuai.
Merupakan hasil karya asli peserta.
Antara kriteria penilaian adalah: kreativiti, kualiti visual & impak positif (nilai).
Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.