Peserta perlu mencipta sebuah video “Arduino Simulation Project” bertemakan “Space Technology” dengan menggunakan perisian dalam talian “Tinkercad”.
Link pendaftaran: (Penyertaan adalah secara Individu)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA
Link pendaftaran: Pendaftaran
Link penghantaran projek: Penghantaran Projek
Peristiwa penting
Tarikh Pendaftaran dibuka: 10 November 2024
Tarikh akhir untuk menghantar projek: 17 November 2024
Pengumuman pemenang: 24 November 2024
1, Tema video ialah ‘SPACE TECHNOLOGY’.
2. Peserta perlu membuat satu “Arduino Simulation Project” menggunakan aplikasi “TINKERCAD” .
3. Video projek yang dihasilkan hendaklah menerangkan tentang simulasi projek Arduino dengan ringkas, padat dan difahami oleh para juri.
4. Antara kriteria penilaian adalah: kreativiti , keaslian , kemahiran pengaturcaraan & persembahan projek
5. Video yang dihasilkan ini mampu memberikan pemahaman yang jelas kepada dunia luar antaranya juri dan guru.
6. Peserta hanya perlu upload video sahaja untuk penghantaran projek.
7. Pertandingan diadakan berdasarkan 4 kategori iaitu:
a. Sekolah Rendah Tahap 1 (7, 8, 9 tahun)
b. Sekolah Rendah Tahap 2 (10, 11, 12 tahun)
c. Sekolah Menengah Rendah (13, 14, 15 tahun)
d. Sekolah Menengah Atas (16, 17 tahun)
Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
Penyertaan adalah secara Individu.
Peserta perlu mendaftar melalui pautan link yang akan disediakan melalui saluran rasmi penganjur.
Butiran tertentu seperti nama peserta, nombor kad pengenalan, nama ibubapa/penjaga, nombor telefon dan email akan direkodkan untuk tujuan laporan.