Pengajaran 3-3
Langkah Ketiga: Mengenali Komponen Elektronik dan Cara Mengaturcarakan Mereka
Langkah Keempat: Membina Badan Projek
Langkah Ketiga: Mengenali Komponen Elektronik dan Cara Mengaturcarakan Mereka
Langkah Keempat: Membina Badan Projek
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Jom kita tengok rajah blok yang ada!
Aliesya, boleh tak Alisya namakan komponen
yang ada pada projek solar ini?
Projek kita perlukan,
3 penderia cahaya dan 2 servo motor.
Ini ke servo motor?
Sebenarnya, apakah perbezaan di antara servo motor
dengan motor DC yang kita gunakan
semasa pengajaran 2?
Servo motor merupakan salah satu jenis motor
di mana darjah putarannya boleh dikawal dengan tepat.
Terdapat beberapa jenis servo motor
bergantung kepada darjah pusingan maksimumnya.
Contohnya, servo motor ini
adalah servo motor 180 darjah.
Ini bermaksud, servo motor ini boleh berputar
dari 0 darjah ke 180 darjah.
Mari kita uji untuk mengawal servo motor,
kita perlu menggunakan blok pengembangan
juga seperti pengajaran 2.
Pergi ke <i>Extension</i>, kemudian pilih <i>Reka:Bit.</i>
Seterusnya, ambilkan blok “Set Servo S1 position ke 90 degrees”.
Ini bermaksud, tetapkan servo motor S1 ke 90 darjah.
Apakah maksud S1?
Aha! Yu Jie, cuba lihat pada papan pengembangan,
Di bahagian tepi tempat sambungan papan micro:bit,
terdapat tempat untuk sambungkan servo motor.
Servo motor perlukan sambungan 3 wayar,
iaitu bekalan tenaga yang ditandakan positif dan negatif,
serta wayar isyarat, atau signal.
Servo motor akan dapatkan tenaga daripada
papan pengembangan dan kemudiannya mendapat isyarat
pusingan melalui wayar S.
Oh, saya sudah faham!
Saya nak tanya Aliesya,
yang ini penderia cahaya ke?
Macam mana nak sambung pula?
Ya, ini adalah penderia cahaya!
Untuk sambungkan penderia cahaya,
kita perlu pastikan ia disambung kepada pin-pin
tertentu sahaja, iaitu pin 0, 1 dan 2 sahaja.
Ini adalah kerana penderia cahaya menghantarkan
isyarat analog kepada micro:bit.
Jadi, ia hanya boleh disambungkan
kepada isyarat analog sahaja.
Kalau tidak, ia tidak dapat berfungsi.
Mari saya tunjuk macam mana kita boleh baca
isyarat yang diterima oleh penderia cahaya.
Saya akan menyambung penderia cahaya pada pin 0.
Kemudian, saya akan gunakan blok “analog Read Pin”
iaitu blok jenis Pin
dan tetapkan nilai itu kepada pemboleh ubah.
Akhir sekali, saya akan paparkan nilai tersebut
dengan menggunakan Serial Write Line
iaitu blok jenis Serial.
Serial Write Line akan mempaparkan nilai bacaan.
Wah hebat!
Saya boleh lihat nilai bacaan itu berubah!
Hm, saya baru perasan,
papan pengembangan ini hanya ada 3 pin input
analog sahaja!
Inilah sebab mengapa kita hanya guna
3 penderia cahaya sahaja kan?
Sebab saya rasa, kalau kita guna 4 penderia cahaya,
bacaannya akan lebih tepat dan jitu!
Ya betul!
Jadi, kita dihadkan oleh papan pengembangan kita ini!
Tetapi, tidak apa!
3 penderia pun bagus juga!
Sekarang kita dah tahu semua sambungan komponen luaran,
marilah kita cuba membina projek!
Dah siap!
Wah hebat!
Jom kita ke langkah seterusnya!
Menulis aturcara!
Klik pada butang ">" untuk memahami fungsi dan ciri servo motor.
Kita pernah menggunakan servo motor dalam pengajaran micro:bit Tahun 5 melalui Pengajaran 5, Pengajaran 6, Pengajaran 8, dan Pengajaran 9!
Gerakkan tanda tetikus pada bulatan warna berlainan untuk mengetahui cara menyambung servo motor.
Cara menyambung servo motor ke REKA:BIT.
Untuk papan pengembangan Reka:Bit, sambungkan dua servo pada ruangan yang bertandakan Servo di bahagian kanan atas. Pastikan wayar merah, perang dan kuning/jingga disambungkan dengan betul. Servo motor kini boleh dikawal menerusi pin S1, S2 dan S3.
Anda boleh menggunakan papan pengembangan yang lain asalkan dapat menghidupkan servo motor pilihan anda.
Anda boleh rujuk langkah berikut untuk mendapatkan blok pengawalan servo motor dengan papan pengembangan Reka:bit.
Klik "extension", kemudian pada ruangan carian, taipkan “Reka:Bit”.
Dapatkan blok servo pada laci blok “Reka:Bit”.
Disable servo
Blok ini akan menyahaktifkan servo yang disambung pada pin yang dinyatakan. Servo motor yang telah dinyahaktifkan tidak boleh bergerak.
Contohnya, blok ini akan mengerakkan servo motor yang disambungkan pada S1 ke 90 darjah.
Set servo S1 position to 90 degrees
Blok ini membolehkan kita mengawal servo motor, sama ada S1, S2, S3 atau S4 ke darjah pusingan yang dikehendaki.
Uji servo motor anda dan pastikan ia boleh berfungsi.
Cuba uji dengan atur cara berikut:
Apabila butang A ditekan, servo motor bergerak ke arah kiri.
Apabila butang B ditekan, servo motor bergerak ke arah kanan.
Penderia cahaya mengesan kecerahan cahaya di sekelilingnya. Penderia ini merupakan satu penderia pasif. Ia mampu membaca jumlah tenaga cahaya yang masuk ke dalam penderia dan ubahkannya ke isyarat analog untuk dibaca.
Semua isyarat elektrik yang dihantar dan diterima oleh sesuatu mikropengawal boleh tergolong dalam dua jenis, isyarat digital dan isyarat analog.
Klik pada butang ">" untuk memahami perbezaan isyarat digital dan isyarat analog.
Penderia cahaya yang digunakan merupakan satu penderia isyarat analog.
Dengan papan pengembangan yang kita gunakan, micro:bit hanya boleh membaca tiga input analog pada pin 0, 1 dan 2.
Jadi, kita akan sambungkan penderia cahaya ke pin 0, 1 dan 2.
Untuk membaca nilai penderia cahaya, kita boleh menggunakan blok analog read.
Uji penderia cahaya anda dan pastikan ia boleh berfungsi.
Cuba uji dengan atur cara berikut:
Paparkan nilai penderia cahaya melalui blok Serial Write.
Blok Serial Write (Klik "Advanced" > "Serial" > "serial write number")
Hasil atur cara untuk paparan nilai penderia cahaya pada serial write.
Sambungkan papan pengembangan ke komputer melalui wayar USB untuk menguji atur cara di sebelah.
Tekan butang show data simulator untuk meneliti bacaan nilai isyarat penderia cahaya.
Kadbod A3 x 1
Batang aiskrim x 5
Batang gam x 1
Penutup botol x 1
Pistol gam panas x 1
Pisau pemotong x 1
Pembaris x 1
Pensel x 1
Gunting x 1
Papan pengembangan Reka:bit x 1
Papan micro:bit x 1
Wayer Reka:bit x 1
Bateri AA x 4
Penderia cahaya x 3
Servo motor x 2
Pemegang bateri AA Reka:bit x 1
Pemutar skru kecil x 1
Langkah 1: Ukur dan potong batang aiskrim untuk menjadikan dua bentuk "L".
Langkah 2: Lekat potongan batang aiskrim untuk menjadikan dua bentuk "L".
Langkah 3: Ukur dan potong batang aiskrim untuk bahagian penderia cahaya yang berbentuk "T".
Langkah 4: Lekat potongan batang aiskrim untuk bahagian penderia cahaya yang berbentuk "T".
Tujuan bentuk ini adalah untuk mengasingkan penderia cahaya supaya nilai bacaan bagi setiap penderia cahaya tidak terganggu.
Langkah 5: Cucuk lubang pada kadbod dan masukkan penderia cahaya.
Penderia cahaya harus mendekati bentuk T untuk mendapat nilai bacaan penderia yang lebih tepat.
Langkah 6: Lekatkan servo motor ke penutup botol dan potongan batang aiskrim bentuk "L".
Langkah 7: Lekatkan komponen elektronik pada kadbod.
Langkah 8: Lekatkan panel solar pada kadbod, di bahagian bawah penderia cahaya.
Sambungan panel solar ke LED luaran adalah opsyenal.
Langkah 9: Sambungkan wayar penderia cahaya ke pin P0, P1 dan P2 papan pengembangan.
Langkah 10: Kemaskan wayar.
Langkah 11: Sudah siap!