Pengajaran 1-3
Elemen robot kedua: Cara kawalan robot
Elemen robot kedua: Cara kawalan robot
Jom kita lihat beberapa contoh robot yang digunakan untuk penyediaan olimpik.
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Elemen kedua adalah sistem kawalan robot. Secara umumnya, sistem kawalan robot boleh dibahagikan kepada 3 jenis.
Yang pertama adalah kawalan jarak jauh atau telerobotics. Robot seperti ini memerlukan kawalan secara langsung atau tidak langsung dan berjarak jauh dari manusia. Penderia robot akan menghantar maklumat sekeliling kepada pengawalnya, tetapi segala kawalan atau tindakan robot masih ditentukan oleh manusia.
Contohnya, robot penanggal fius bom biasanya perlukan manusia untuk mengawalnya. Ini adalah kerana proses penanggalan fius boleh merbahayakan nyawa manusia. Oleh itu, proses ini perlu dilakukan oleh manusia. Tetapi pada masa yang sama, ia juga memerlukan pengalaman dan juga kebolehan untuk buat keputusan dengan cepat dan kadang2 sukar untuk diaturcarakan. Jadi, manusia masih menjadi pilihan utama untuk pemprosesan maklumat dan memberikan kata putus akhir.
Selain itu, terdapat juga robot surgeri yang memerlukan manusia juga. Pembedahan ini digelar sebagai robot assisted surgery atau pembedahan dengan bantuan robot. Robo t jenis ini membolehkan doktor untuk menjalankan surgeri dengan kejituan dan ketepatan yang tinggi serta membolehkan doktor untuk menjalankan surgeri secara jarak jauh.
Jenis yang kedua adalah kawalan menerusi aturcara atau pre-programmed robot. Robot seperti ini tidak perlukan kawalan manusia, tetapi segala aksi perlu disusun atur melalui aturcara. Ini sesuai untuk robot yang bertindak dalam keadaan atau situasi yang terkawal dan aktiviti yang memerlukan robot untuk mengulangi sesuatu tindakan atau aksi secara berulang atau secara jitu.
Hampir semua robot industri adalah robot jenis kawalan ini. Ini kerana mereka memang tidak akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan hanya berfungsi untuk mengulangi aksi mereka.
Contohnya, robot di tepi saya juga merupakan kawalan pre-programmed! Robot ini boleh <INSERT WHAT ROBOT DOES> memasangkan komponen ke atas pcb
Dari ini, macam ini!
Akhir sekali, kita ada juga mempunyai robot yang boleh berfikir dan membuat keputusan secara kendiri. Robot jenis ini dikatakan jenis kawalan autonomi. Robot jenis ini mampu mengesan persekitaran dan membuat keputusan secara kendiri tanpa intervensi manusia sebagai respon kepada persekitarannya.
Tahukah anda, Alibaba, iaitu laman e-commerce yang terbesar di China telah menggunakan robot dalam gudang mereka. Ini telah meningkatkan kadar proses pengasingan dan pengagihan pakej yang perlu di hantar ke pelanggan sebanyak 50 peratus! Dengan penggunaan robot di gudang mereka, Alibaba mampu memproses 800 juta pakej dalam sehari! Banyaknya!
Selain daripada itu, robot jenis autonomi juga adalah penting untuk kerja-kerja robot yang berada di persekitaran yang tidak tentu atau asyik berubah. Contohnya, untuk mencari kapal terbang MH370 di Lautan Hindi, kita menggunakan kapal selam autonomi yang mampu menjalankan proses carian hampir 24 jam sehari!
Seperti bekalan kuasa, sistem kawalan juga amat bergantung kepada situasi dan juga tugas yang perlu dilakukan oleh robot. Robot yang sama, dengan mengubah pengaturcaraan, boleh dikawal secara berbeza.
Pada masa itu, robot dikawal secara manual.
Dengan mengubah aturcara, saya boleh aturkan robot untuk menghantar epal kepada X dengan mengikuti laluan yang telah dilukis. Ini adalah contoh kawalan autonomi.
Baiklah, soalan saya kepada anda: Negara China telah menggunakan robot di pelabuhan kontainer untuk membantu mengasing dan menyusun kontena di pelabuhan – rasa-rasanya apakah jenis kawalan robot-robot ini?
Cuba teliti perbezaan antara ketiga-tiga mod pengawalan robot berikut: