Pengajaran 1-1
Asal-usul dan elemen robot
Asal-usul dan elemen robot
Klik butang "CC" untuk membuka sarikata.
Klik butang "setting" > "subtitles" untuk memilih bahasa kehendak anda.
Terima kasih robot! Selamat datang ke siri Robotik microbit! Melalui 5 pengajaran, anda boleh belajar untuk menghasilkan robot anda sendiri! Saya host anda AA! Bersama saya adalah DN dan YJ.
Hi semua, nama saya DN!
Dan nama saya YJ. Dalam episode 1, kita akan belajar tentang apakah itu robot dan elemen-elemen yang harus ada pada suatu robot! DN, sebenarnya apakah maksud robot? Sejak bila kita mula ada konsep robot?
Sebenarnya robot ini bukanlah suatu konsep yang baru. Konsep robot telah wujud dalam pelbagai mitos dan legenda di seluruh dunia. Seawal abad ke10 lagi dah mula ada robot ringkas yang dikuasakan oleh air.
Namun, konsep moden robot pertama sekali dinyatakan oleh penulis fiksyen Karel Capek (pronounce Sapek) pada tahun 1920. Manakala robot moden yang pertama dihasilkan pada 1954 untuk tujuan perindustrian.
Tak kiralah robot dari mitos, robot dari tamadun awal manusia atau robot moden, robot wujud untuk memenuhi keperluan manusia dari segi melaksanakan tugasan yang susah, berulang ataupun mustahil untuk dilakukan oleh manusia.
Oh contohnya kalau kita malas nak pergi ke dapur untuk ambil buah-buahan, kita boleh mengaturcara robot untuk menghantar buah kepada kita! Tapi yang ni (point to the robot) pun kira sebagai robot ke? Tak berbentuk macam manusia pun!
Ya haha! Sebenarnya, robot tidak semestinya berbentuk manusia, ataupun dalam Bahasa Inggeris, kita sebut sebagai humanoid.
Terdapat pelbagai jenis bentuk robot. Tahukah anda, Unimate, robot digital pertama yang boleh dikawal melalui pengaturcaraan tidak berbentuk seperti manusia, tetapi berbentuk tangan!
Ya betul. Tak kira bentuk apa, sesuatu robot harus mempunyai elemen-elemen yang berikut
- Sumber tenaga / sumber kuasa
- Penderia, atau sensor
- Cara kawalan robot
- Bahagian yang boleh bergerak atau aktuator
Ohh sekarang baru saya faham! Menarik betul! DN dan YJ, apa yang saya perlu buat untuk belajar tentang robotik ini?
Di setiap pengajaran dalam siri ini, kita akan ada 4 langkah yang akan membantu anda untuk belajar menghasilkan robot! Iaitu
Tonton, Baca, Cuba dan Ulang!
Ya. Anda boleh tonton video pengajaran dahulu, kemudian baca kandungan nota dan cuba latihan atau cuba hasilkan robot anda! Jika tidak faham, anda boleh ulang langkah dari permulaan untuk pastikan anda faham kandungan pengajaran!
Baiklah! Oh cikgu Alina call kita lah!
DN, YJ dan AA, kelas dah nak mula ni! Anda semua tak login lagi ke Google Meet! Cikgu nak ulangkaji tentang Microbit hari ini!
Tak pe. Cikgu tunggu di Google Meet! Kalau nak belajar kandungan robotik, kena siapkan pengajaran RBT Tahun 5 dulu supaya kamu semua ada pengetahuan asas tentang Microbit. Okay, cikgu nak buat persediaan sekejap! Jumpa kamu semua dalam masa 5 minit ok!
Baiklah cikgu!
Nampaknya kita kena henti seketika dahulu untuk belajar robotik dan fokus kepada pengetahuan asas.
Jangan lupa mantra kami dalam pengajaran siri Robotik
Tonton, Baca, Cuba dan Ulang!
Marilah kita lihat beberapa contoh robot pada tamadun awal manusia. Klik pada gambar-gambar berikut untuk mengenali asal-usul robot yang berlainan.
Robot moden pertama, Unimate
Robot moden yang pertama ialah Unimate.
Unimate dicipta oleh George Devol dan digunakan untuk tujuan perindustrian pada tahun 1950an.
Sejak 1950an, banyak robot yang berbeza dari segi bentuk rupa dan fungsi telah dicipta untuk kegunaan manusia.
Klik pada gambar-gambar berikut untuk mengenali robot moden yang berlainan.
Marilah kita cuba memadankan empat elemen robot kepada bahagian robot yang berlainan.
Ingatkan, empat elemen robot ialah
Sumber kuasa / Sumber tenaga
Penderia / Sensor
Cara kawalan
Bahagian yang boleh bergerak / Aktuator
Seret dan lepaskan ikon elemen robot ke tempat yang sesuai. Kemudian, tekan butang hantar.